Thursday, June 25, 2009

Pengenalan Syarikat


ASSALAMUALAIKUM

TITI KARANGAN ENTERPRISE No pendaftaran perniagaan PG0146513-D telah ditubuhkan pada tahun 2004 serta beropersi sepenuhnya dalam daerah Kulim. Syarikat ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera dan aktiviti utama perniagaan syarikat ini adalah Kontraktor kerja-kerja awam dan bangunan.


TITI KARANGAN ENTERPRISE adalah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) cawangan Alor Setar (kelas F), Lembaga Pembangunan Industri pembinaan Malaysia (CIDB) dan juga Kementerian Kewangan Malaysia.


Syarikat ini diterajui oleh kakitangan yang berpengalaman luas serta berkebolehan di dalam bidang kejuruteraan awam dan bangunan yang mana dapat melaksanakan kerja-kerja teknikal dengan lebih berkualiti dan pantas. Selain itu syarikat mempunyai tenaga pekerja yang mahir serta terlatih dalam menjalankan kerja-kerja di tapak bina.